Sudah lumrah dalam kehidupan seharian kita menghadapi pelbagai peristiwa yang kita sendiri tidak menjangkakan dan inginkan... Apabila perkara ini berlaku kita semestinya tidak berasa selesa lantas kita akan mengalami ketakutan. Kita tidak boleh lari daripada hakikat hidup ini. Rasa takut adalah realiti dan basahan dalam hidup yang terpaksa kita hadapi.
Soalnya, bagaimana kita dapat menangani ketakutan itu dengan cara yang sebaik-baiknya? Hingga dengan itu bukan sahaja kita dapat mengatasinya, malah dapat memanfaatkannya untuk terus mencapai kejayaan. Tegasnya, apa perlu dilakukan agar kita berani menghadapi ketakutan?
Antaranya ialah :

- Katakan ketakutan itu adalah perkara biasa. Tidak salah untuk takut. Malah takut adalah rasa yang dialami sekalipun oleh orang yang paling berani.
- Analisa ketakutan anda. Apakah takut yang anda rasa itu tepat pada perkara, masa dan keadaannya? Jika tidak, anda tidak perlu takut.
- Buat perancangan untuk elakkan ketakutan itu. Sediakan langkah-langkah praktik untuk menghadapinya. Dan terus laksanakan. Jangan bertangguh.
- Fikirkan keadaan terburuk yang mungkin terjadi. Terima secara mental. Dan congkak persiapan yang perlu dilakukan sekiranya itu benar-benar berlaku. Sediakan pelan B.
- Berdoa, bertawakal. Sangka baik, apa yang anda fikirkan tidak akan berlaku dan sekalipun berlaku, semoga Allah memberi anda kekuatan untuk menghadapinya dan peluang untuk mencuba dengan kaedah yang baru.
Sumber : Majalah Solusi
No comments:
Post a Comment