"Orang-orang tua berkata... Jangan bermain di waktu senja" Balik- balik... dah nak maghrib nie... cepat la keluar...
Filem Magika terbitan KRU Studios merupakan karya sulung Edry KRU. Filem ini mempertaruhkan Diana Danielle teraju utama filem ini disamping lebih 20 bintang terkenal Malaysia seperti seperti Mawi, Fimie Don, Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, M.Nasir, Aznil Haji Nawawi, Raja Azura, KRU, Dato Jalaluddin Hassan, Fauziah Ahmad Daud, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Adibah Noor, Saiful Apek, Senario, Vanidah Imran, Nabil (Raja Lawak), Norman Hakim, Zaibo, Marsha dan ramai lagi.
"Magika" menceritakan tentang Ayu(Diana Danielle) dan Malik(Fimie Don), dua beradik yang berada dalam kesedihan selepas kematian ibu mereka. Malik berasa lebih tertekan kerana memikirkan dialah punca kematian ibunya. Di suatu senja selepas bertengkar dengan kakaknya, Malik berjalan-jalan di hutan sehinggalah tersesat ke dalam sebuah alam ghaib bernama Magika.
Namun, nasib tidak menyebelahinya. Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan(Ziana Zain) dan pengikutnya Awang Kenit untuk dijadikan bahan ubat jamu muda yang dihasilkan melalui air mata kanak-kanak manusia. Ayu yang terdengar jeritan adiknya cuba menyelamatkan Malik tetapi turut terperangkap didalam "Magika'.
Penjelajahan Ayu mencari Malik di "Magika' membuatkan Ayu menempuh pelbagai rintangan . Di situ Ayu dan Malik akan bertemu pelbagai watak mitos kepercayaan orang Melayu diantaranya termasuklah Antaranya seperti watak Puteri Gunung Ledang, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Mahsuri, Naga Tasik Cini, Bawang Putih, Bawang Merah, Badang, Hang Tuah dan banyak lagi. Yang peliknya watak-watak ini juga bernyanyi sambil berbicara sesama mereka.
Dapatkah Ayu selamatkan Malik serta keluar dari 'Magika"?
Apa akan terjadi kepada Badang?
Nenek Kebayan dan watak-watak lain di 'Magika".?
Bagaimana Malik dapat mengatasi dilema tentang kematian ibunya?
Secara keseluruhannya, 'Magika" mempunyai nilai dan mesej tersendiri yang boleh dijadikan sebagai tauladan. Antaranya nilai kekeluargaan dalam menangani masalah. Kepercayaan orang Melayu lama dengan pelbagai pantang larang. Elemen-elemen fantasi dongeng dan pepatah Melayu lama seperti jangan bermain diwaktu senja dan banyak lagi.
Syabas diucapkan kepada KRU dan Edry kerana mampu mengangkat watak-watak terkenal dalam dongeng Melayu ke layar perak kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengalih seketika tumpuan daripada Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty, Spider-Man, Toy Story, Peter Pan dan macam-macam lagi watak rekaan Hollywood.
Filem Magika terbitan KRU Studios akan menemui peminat di pawagam pada 23 September ini. Kunjungilah pawagam berdekatan untuk memartabatkan Filem Malaysia.

No comments:
Post a Comment