Assalamualaikum & hyeee...
Perang Badar ialah peperangan pertama antara orang Islam dengan Quraisy. Peperangan ini melibatkan 313 angkatan tentera Islam dan 1000 orang angkatan tentera Quraisy.
Perang Badar ialah peperangan pertama antara orang Islam dengan Quraisy. Peperangan ini melibatkan 313 angkatan tentera Islam dan 1000 orang angkatan tentera Quraisy.
313 = 3+3+1 = 7. Angka 7 menunjukkan kekuatan seperti kuatnya langit dan bumi yang mempunyai tujuh (7) lapisan.
Semasa berlakunya Perang Badar, Rasulullah s.a.w. melihat bagaimana tentera Islam bertempur dengan tentera Quraisy. Pasukan tentera Islam amat sedikit bilangannya dengan senjata yang terhad, namun mereka tetap berperang dengan gagah dan berani.
Tentera-tentera Muslimin berada di medan pertempuran untuk mempertahankan serangan tentera Quraisy. Setelah mengemaskan saf tentera Islam, Rasulullah kembali ke tempat khusu untuk bermunajat dan bermohon restu kepada Allah: "Ya Allah, jika kelompok ini dihancurkan, maka Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini."
Apabila peperangan semakin memuncak, perjuangan menjadi lebih sengit. Tentera Islam berjuang dengan penuh yakin. Baginda sekali lagi memohon doa dengan bersungguh-sungguh sehingga terjatuh kain serban dari bahu Baginda.
Ketika itu Allah telah mewahyukan perintah-Nya kepada golongan malaikat. Kemudian turunlah bala tentera malaikat yang dipimpin oleh Jibril. Ketibaan malaikat adalah secara berperingkat-peringkat bukan sekaligus...
Firman Allah yang bermaksud:
"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu, Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut." (Surah al-Anfal : 9)
Baginda terlelap dan terlena sejenak, kemudian Baginda terjaga lalu berkata kepada Abu Bakar bahawa Jibril telah datang antara debu-debu berterbangan untuk melawan pihak musuh. Kemudian Baginda keluar kehadapan tempat perteduhan dengan mengenakan baju besi. Seterusnya Baginda menggambil segenggam pasir dan menoleh ke arah tentera Quraisy. Baginda berkata, "Musnah kalian semua," sambil melontar pasir itu ke arah mereka menyebabkan tidak ada seorang pun yang tidak terkena pasir itu. Dengan izin Allah. pasir itu itu terkena telinga, mata, hidung dan mulut mereka sehingga menyebabkan penglihatan mereka menjadi kabur.
Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tenters Islam pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan tidak secara langsung telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dari masa ke masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam.
PENGAJARAN : Allah telah memperingatkan kepada umat Islam agar sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi musuh, sama ada persiapan fizikal, jiwa dan hubungan dengan Allah atau kelengkapan senjata. Tetapi persiapan yang paling utama ialah persiapan iman dan takwa.
Sumber : Majlah Solusi
No comments:
Post a Comment