Sunday, September 26, 2010

Ritual Tanpa Spiritual

Assalamualaikum & hyeee... 


Seorang ketua sami tinggal di dalam sebuah kuil besar dengan seekor kucing kesayangannya. Kedua-duanya sangat akrab. Kemana sahaja ketua sami pergi, si kucing akan ikut bersama.

Namun, keadaan ini menimbulkan sedikit masalah, terutamanya apabila si ketua sami sedang menyembah berhala besar di tengah-tengah kuil tersebut. Konsenterasinya sering terganggu apabila kucing kesayangannya itu menggesel dan mengelus-ngelus di sisinya.

Setelah berfikir panjang mencari jalan penyelesaian, akhirnya ketua sami mendapat satu idea. Setiap kali dia melakukan penyembahan, dia mengikat si kucing di sebatang tiang di tepi kuil. Begitulah hari demi hari, minggu demi minggu, dan bulan demi bulan, ketua sami akan mengikat kucing kesayangannya di tiang yang sama semasa upacara penyembahan. Perlakuan ketua sami itu sangat diperhatikan oleh pengikut-pengikutnya.

Beberapa tahun berlalu, ketua sami meninggal dunia. Ketua samiyang baru dilantik. Begitu pun, setiap kali ketua sami yang baru hendak mengetuai upacara penyembahan, beliau akan mengikat kucing yang sama pada tiang yang sama juga.

Tidak berapa lama, kucing itu mati. Ironisnya, ketua sami tersebut mencari kucing yang baru sebagai pengganti, dan diikat juga pada tiang yang sama setiap kali penyembahan berhala.

Begitulah rutin itu berlaku, tahun demi tahun. Kucing dan sami datang dan pergi, silih berganti. Akhirnya terciptalah satu ritual dalam agama tersebut; setiap kali ketua sami akan mengetuai penyembahan berhala, dicari terlebih dahulu seekor kucing untuk ditambati pada tiang kuil!

PENGAJARAN : Sering berlaku dalam ajaran mana-mana agama (termasuk Islam), amalan ritual dengan nilai spiritual telah terlindung oleh sikap 'taklid' secara membuta tuli. Penganut di belakang hari kerap menjadi pak turut tanpa mengerti sebab dan tujan amalan tersebut. Tanpa disedari agama bertukar menjadi budaya dan syariat dianggap adat.

Sumber : Majalah Solusi

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

No comments:

Post a Comment