Assalamualaikum & hyeee...
Seorang kelas bertemu dengan Kapten Jack Sparrow di sebuah bar. Mereka berbual mengenai penggembaraan mereka di lautan. kelasi itu melihat kapten Jack Sparrow mempunyai kaki kayu, cangkuk ditangannya dan menutup sebelah matanya.
Lalu si kelasi tadi bertanya, "Bagaimana kaki Kapten boleh tempang dan terpaksa memakai kayu?"
Kapten Jack Sparrow membalas, "Semasa belayar di Lautan Atlantik, kami dilanda ribut taufan. Kapal hampir terbalik dan saya terjatuh ke atas sekumpulan jerung. Ketika saya di tarik ke atas, kaki saya telah di makan oleh salah seekor jerung."

"WOW!!!" kata si kelasi itu.
"Bagaimana pula dengan tangan tu?" Kelasi itu bertanya lagi.
"Masa tu kami sedang berperang dengan musuh. Musuh menggunakan pedang. Salah seorang musuh telah memotong tangan saya, zaaasssssss!!!" balas Kapten Jack Sparrow.
"Hebat!!! macam Hang Jebat. Bagaimana pula dengan mata tu?" soal si kelasi kagum.

"Oohhh... mata ni terkena tahi burung..." jawab Kapten Jack Sparrow mudah.
Kelasi hairan...
"Kapten hilang sebelah mata sebab terkena tahi burung?"
Lantas dengan ringkasnya Kapten Jack Sparrow membalas: " Ya, sebab hari tu hari pertama saya memakai tangan bercangkuk ni!"
Sumber : Majalah Mastika

No comments:
Post a Comment