Wednesday, September 29, 2010

Jangan Pergi

Assalamualaikum & hyeee...


Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka,
kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang...
Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada !!
Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal,
tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi.
Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi.
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan,
tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir
tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal.
Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..
SELALUNYA kita tidak menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita.

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Jangan Malas Solat

Assalamualaikum & hyeee... 


Peringatan Buat Diri ini: Dosa Meninggalkan Solat
Meninggalkan fardhu Subuh: Orang yang meninggalkan fardhu Subuh akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
Meninggalkan fardhu Zohor: Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
Meninggalkan fardhu Asar: Dosa orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Asar seperti membunuh 1,000 orang Islam.
Meninggalkan fardhu Maghrib: Dosa orang yang meninggalkan fardhu Maghrib sama seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
Meninggalkan fardhu Isyak: Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.
Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Rabbi…masa dan bebanan dunia amat mencemburuiku, tangan dan kakiku terikat …tolonglah aku wahai Tuhanku …berikanlah aku, hambamu yang dhaif ini kekuatan dan kelapangan untuk ber-istiqamah dengan penuh ikhlas di dalam menunaikan segala hak-Mu di atas segala-galanya…Amin…

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Tuesday, September 28, 2010

Lelaki Handsome vs Tak Handsome

Assalamualaikum & hyeee... 


Kalau lelaki handsome pendiam, perempuan akan cakap : WOow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam, perempuan akan cakap : Eh, perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat jahat, perempuan akan kata : Noboby's perfect.
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat, perempuan akan kata : Memang... muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu, perempuan akan cakap : Wah... machonya... macam hero filem...
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu, perempuan akan cakap : Entah-entah kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan kata : Sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan kata : Mesti kena bomoh perempuan tue...

Kalau lelaki itu handsome ditinggal kekasih, perempuan akan kata : Jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih, perempuan akan kata : ... (terdiam, tapi telunjuknya terliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya).

Kalau lelaki itu handsome penyayang binatang, perempuan akan cakap : Perasaannya halus... penuh kasih sayang.
penyayang binatang, perempuan akan cakap : Sesama keluaraga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW, perempuan akan cakap : Matching... hebat luar dalam.
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW, perempuan akan cakap : Bang, Bosnya mana...?

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar, perempuan akan cakap : Pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar.
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar, perempuan akan cakap : Tak sanggup melihat hasinya ya?

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan cakap : Ini barulah gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan cakap : Naluri pembantu, memang begitu...

Kalau lelaki handsome bersedih hati, perempuan akan cakap : Let me be your shoulder to cry on.
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati, perempuan akan cakap : Kuat menangis! Lelaki ke bukan ni?

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Monday, September 27, 2010

Usah Ragui Cinta Abang

Assalamualaikum & hyeee... 


Sepasang kekasih sedang berbual-bual di telefon dengan mesra. Si lelaki melontarkan ayat-ayat power kuasa8 untuk meyakinkan buah hatinya supaya jangan meragui cintanya.

Zul : Sayang! Jangan ragui cinta abang. Abang hanya cintkan sayang seorang.
Tak ada siapa yang boleh halang cinta abang pada sayang.

Zulaikha : Ya ke? Abang tipulah!

Zul : Sumpah sayang! Lautan dalam pun abang sanggup selami demi cinta abang padamu.

Zulaikha : Ya!

Zul : Ya sayang! Biar lebar mana sekalipun lautan abang sanggup seberangi demi sayang.

Zulaikha : Hmmmmm...

Zul : Lautan api abang sanggup renangi demi cintaku padamu, sayang.

Zulaikha : Terima kasih kekasihku... Sekarang, abang datanglah kesini. Sayang rindulah dengan abang

Zul : Maaflah sayang. Abang tak boleh keluar sekarang. Sekarang tengah hujan. Petang tadi baru cuci kereta. Nanti kotorlah kereta abang. Sayang, kan tahu abang baru beli sport rim, dah habis beribu...

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Tips Berani Untuk "Takut"

Assalamualaikum & hyeee...


"EEEE.... takutnyerrr..."

Sudah lumrah dalam kehidupan seharian kita menghadapi pelbagai peristiwa yang kita sendiri tidak menjangkakan dan inginkan... Apabila perkara ini berlaku kita semestinya tidak berasa selesa lantas kita akan mengalami ketakutan. Kita tidak boleh lari daripada hakikat hidup ini. Rasa takut adalah realiti dan basahan dalam hidup yang terpaksa kita hadapi.

Soalnya, bagaimana kita dapat menangani ketakutan itu dengan cara yang sebaik-baiknya? Hingga dengan itu bukan sahaja kita dapat mengatasinya, malah dapat memanfaatkannya untuk terus mencapai kejayaan. Tegasnya, apa perlu dilakukan agar kita berani menghadapi ketakutan?

Antaranya ialah :
  1. Katakan ketakutan itu adalah perkara biasa. Tidak salah untuk takut. Malah takut adalah rasa yang dialami sekalipun oleh orang yang paling berani.
  2. Analisa ketakutan anda. Apakah takut yang anda rasa itu tepat pada perkara, masa dan keadaannya? Jika tidak, anda tidak perlu takut.
  3. Buat perancangan untuk elakkan ketakutan itu. Sediakan langkah-langkah praktik untuk menghadapinya. Dan terus laksanakan. Jangan bertangguh.
  4. Fikirkan keadaan terburuk yang mungkin terjadi. Terima secara mental. Dan congkak persiapan yang perlu dilakukan sekiranya itu benar-benar berlaku. Sediakan pelan B.
  5. Berdoa, bertawakal. Sangka baik, apa yang anda fikirkan tidak akan berlaku dan sekalipun berlaku, semoga Allah memberi anda kekuatan untuk menghadapinya dan peluang untuk mencuba dengan kaedah yang baru.






Sumber : Majalah Solusi

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Sunday, September 26, 2010

Ritual Tanpa Spiritual

Assalamualaikum & hyeee... 


Seorang ketua sami tinggal di dalam sebuah kuil besar dengan seekor kucing kesayangannya. Kedua-duanya sangat akrab. Kemana sahaja ketua sami pergi, si kucing akan ikut bersama.

Namun, keadaan ini menimbulkan sedikit masalah, terutamanya apabila si ketua sami sedang menyembah berhala besar di tengah-tengah kuil tersebut. Konsenterasinya sering terganggu apabila kucing kesayangannya itu menggesel dan mengelus-ngelus di sisinya.

Setelah berfikir panjang mencari jalan penyelesaian, akhirnya ketua sami mendapat satu idea. Setiap kali dia melakukan penyembahan, dia mengikat si kucing di sebatang tiang di tepi kuil. Begitulah hari demi hari, minggu demi minggu, dan bulan demi bulan, ketua sami akan mengikat kucing kesayangannya di tiang yang sama semasa upacara penyembahan. Perlakuan ketua sami itu sangat diperhatikan oleh pengikut-pengikutnya.

Beberapa tahun berlalu, ketua sami meninggal dunia. Ketua samiyang baru dilantik. Begitu pun, setiap kali ketua sami yang baru hendak mengetuai upacara penyembahan, beliau akan mengikat kucing yang sama pada tiang yang sama juga.

Tidak berapa lama, kucing itu mati. Ironisnya, ketua sami tersebut mencari kucing yang baru sebagai pengganti, dan diikat juga pada tiang yang sama setiap kali penyembahan berhala.

Begitulah rutin itu berlaku, tahun demi tahun. Kucing dan sami datang dan pergi, silih berganti. Akhirnya terciptalah satu ritual dalam agama tersebut; setiap kali ketua sami akan mengetuai penyembahan berhala, dicari terlebih dahulu seekor kucing untuk ditambati pada tiang kuil!

PENGAJARAN : Sering berlaku dalam ajaran mana-mana agama (termasuk Islam), amalan ritual dengan nilai spiritual telah terlindung oleh sikap 'taklid' secara membuta tuli. Penganut di belakang hari kerap menjadi pak turut tanpa mengerti sebab dan tujan amalan tersebut. Tanpa disedari agama bertukar menjadi budaya dan syariat dianggap adat.

Sumber : Majalah Solusi

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Penggembaraan Kapten Jack Sparrow

Assalamualaikum & hyeee... 


Seorang kelas bertemu dengan Kapten Jack Sparrow di sebuah bar. Mereka berbual mengenai penggembaraan mereka di lautan. kelasi itu melihat kapten Jack Sparrow mempunyai kaki kayu, cangkuk ditangannya dan menutup sebelah matanya.

Lalu si kelasi tadi bertanya, "Bagaimana kaki Kapten boleh tempang dan terpaksa memakai kayu?"

Kapten Jack Sparrow membalas, "Semasa belayar di Lautan Atlantik, kami dilanda ribut taufan. Kapal hampir terbalik dan saya terjatuh ke atas sekumpulan jerung. Ketika saya di tarik ke atas, kaki saya telah di makan oleh salah seekor jerung."

"WOW!!!" kata si kelasi itu.

"Bagaimana pula dengan tangan tu?" Kelasi itu bertanya lagi.

"Masa tu kami sedang berperang dengan musuh. Musuh menggunakan pedang. Salah seorang musuh telah memotong tangan saya, zaaasssssss!!!" balas Kapten Jack Sparrow.

"Hebat!!! macam Hang Jebat. Bagaimana pula dengan mata tu?" soal si kelasi kagum.

"Oohhh... mata ni terkena tahi burung..." jawab Kapten Jack Sparrow mudah.

Kelasi hairan...

"Kapten hilang sebelah mata sebab terkena tahi burung?"

Lantas dengan ringkasnya Kapten Jack Sparrow membalas: " Ya, sebab hari tu hari pertama saya memakai tangan bercangkuk ni!"


Sumber : Majalah Mastika

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Saturday, September 25, 2010

Malaikat Jadi Tentera

Assalamualaikum & hyeee... 


Perang Badar ialah peperangan pertama antara orang Islam dengan Quraisy. Peperangan ini melibatkan 313 angkatan tentera Islam dan 1000 orang angkatan tentera Quraisy.
313 = 3+3+1 = 7. Angka 7 menunjukkan kekuatan seperti kuatnya langit dan bumi yang mempunyai tujuh (7) lapisan.

Semasa berlakunya Perang Badar, Rasulullah s.a.w. melihat bagaimana tentera Islam bertempur dengan tentera Quraisy. Pasukan tentera Islam amat sedikit bilangannya dengan senjata yang terhad, namun mereka tetap berperang dengan gagah dan berani.
Tentera-tentera Muslimin berada di medan pertempuran untuk mempertahankan serangan tentera Quraisy. Setelah mengemaskan saf tentera Islam, Rasulullah kembali ke tempat khusu untuk bermunajat dan bermohon restu kepada Allah: "Ya Allah, jika kelompok ini dihancurkan, maka Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini."

Apabila peperangan semakin memuncak, perjuangan menjadi lebih sengit. Tentera Islam berjuang dengan penuh yakin. Baginda sekali lagi memohon doa dengan bersungguh-sungguh sehingga terjatuh kain serban dari bahu Baginda.

Ketika itu Allah telah mewahyukan perintah-Nya kepada golongan malaikat. Kemudian turunlah bala tentera malaikat yang dipimpin oleh Jibril. Ketibaan malaikat adalah secara berperingkat-peringkat bukan sekaligus...

Firman Allah yang bermaksud:
"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu, Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut." (Surah al-Anfal : 9)

Baginda terlelap dan terlena sejenak, kemudian Baginda terjaga lalu berkata kepada Abu Bakar bahawa Jibril telah datang antara debu-debu berterbangan untuk melawan pihak musuh. Kemudian Baginda keluar kehadapan tempat perteduhan dengan mengenakan baju besi. Seterusnya Baginda menggambil segenggam pasir dan menoleh ke arah tentera Quraisy. Baginda berkata, "Musnah kalian semua," sambil melontar pasir itu ke arah mereka menyebabkan tidak ada seorang pun yang tidak terkena pasir itu. Dengan izin Allah. pasir itu itu terkena telinga, mata, hidung dan mulut mereka sehingga menyebabkan penglihatan mereka menjadi kabur.

Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tenters Islam pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan tidak secara langsung telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dari masa ke masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam.

PENGAJARAN : Allah telah memperingatkan kepada umat Islam agar sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi musuh, sama ada persiapan fizikal, jiwa dan hubungan dengan Allah atau kelengkapan senjata. Tetapi persiapan yang paling utama ialah persiapan iman dan takwa.








Sumber : Majlah Solusi

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Friday, September 24, 2010

Memori Raya

 Assalamualaikum & hyeee...
Duit raya...
abis jer solat hari raya aku pergi rumah aku coz nk bermaaf-maafan+sedara+sepupu dan sewaktu dengannye la ea... sebelum hulurkan salam bermaaf-maafan buat la tahlil arwah... semoga mereka semua ditempatkan bersama2 orang yang beriman... Aminnn...

Selesai jer, kite orang bermaaf-maafan(jalok ngapuro= bahasa jawa), pas tue ade ar yang nangis, yer la sedih kan.. mn tau de terupat atau terkata="nobody perfect"... Right? sambil2 tue ade la sampul2 duit in out keluar masuk kocek. hehehe.. Alhamdulillah... rezeki.. duit raye... semoga orang yang bagi tue berlipat ganda rezekinyer... tue hari 1st... sebelum abis raye 1st tue ade la g raye umah atuk2... konvoi ramai-ramai... kasi redah rumah die orang...

abis jer raye rumah atuk-atuk+saudara, aku ikut konvoi raye form6=2006... x ramai pun macam yang lepas... lagi pun ramai yang dah berumah tangga... yang ada anak pun ade... mybe x ikut sebab ade komitmen keluarga la tue... tapi x pe... its ok... its or right...

memori raya bersama geng-geng...












ini jer la antara memori raya aku bersama member2...
pic bersama family tahun nie x ambik pulak... mybe syok sangat beraya... hehehe.. jumpe raya tahun depan dengan memori yang entah berbeza entah x... tunggu... =)

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Sejarah Separuh Masa Pertama

Assalamualaikum & hyeee... 
Saintis sukan dan pemain-pemain veteren juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat, kenapa masa perlawanan bola sepak adalah selama 45 minit dan bukannya 30 minit ataupun satu jam untuk separuh masa pertama.

Apabila diajukan dalam forum sukan itu tiada jawapan yang tepat diterima. Cuma ada seorang peserta yang dapat memberikan jawapan yang logik dan diterima akal walaupun kurang tepat.

Lelaki itu menjawab: " Sebab mengapa bola sepak dimainkan selama 45 minit ialah... Cuba anda fikir... terdapat 2 pasukan dalam setiap perlawanan. Ada 11 orang pemain dalam setiap pasukan. Setiap pemain mempunyai '2 biji bola' dan masing-masing membawanya setiap masa semasa bermain di dalam padang.

"Jadi, jumlah kesemua 'bola' untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bola sepak yang digunakan di dalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan masa yang diberi ialah 45 minit. Tidak boleh lebih, tidak boleh kurang!"

Persoalan itu terjawab!
Ulasan juri: Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit... Itu disebabkan terdapatnya 'bola refree'!...


Sumber : Majalah Mastika

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Thursday, September 23, 2010

"MAGIKA" FILEM BARU KRU STUDIO


"Orang-orang tua berkata... Jangan bermain di waktu senja" Balik- balik... dah nak maghrib nie... cepat la keluar...

Filem Magika terbitan KRU Studios merupakan karya sulung Edry KRU. Filem ini mempertaruhkan Diana Danielle teraju utama filem ini disamping lebih 20 bintang terkenal Malaysia seperti seperti Mawi, Fimie Don, Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, M.Nasir, Aznil Haji Nawawi, Raja Azura, KRU, Dato Jalaluddin Hassan, Fauziah Ahmad Daud, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Adibah Noor, Saiful Apek, Senario, Vanidah Imran, Nabil (Raja Lawak), Norman Hakim, Zaibo, Marsha dan ramai lagi.

"Magika" menceritakan tentang Ayu(Diana Danielle) dan Malik(Fimie Don), dua beradik yang berada dalam kesedihan selepas kematian ibu mereka. Malik berasa lebih tertekan kerana memikirkan dialah punca kematian ibunya. Di suatu senja selepas bertengkar dengan kakaknya, Malik berjalan-jalan di hutan sehinggalah tersesat ke dalam sebuah alam ghaib bernama Magika.
Namun, nasib tidak menyebelahinya. Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan(Ziana Zain) dan pengikutnya Awang Kenit untuk dijadikan bahan ubat jamu muda yang dihasilkan melalui air mata kanak-kanak manusia. Ayu yang terdengar jeritan adiknya cuba menyelamatkan Malik tetapi turut terperangkap didalam "Magika'.

Penjelajahan Ayu mencari Malik di "Magika' membuatkan Ayu menempuh pelbagai rintangan . Di situ Ayu dan Malik akan bertemu pelbagai watak mitos kepercayaan orang Melayu diantaranya termasuklah Antaranya seperti watak Puteri Gunung Ledang, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Mahsuri, Naga Tasik Cini, Bawang Putih, Bawang Merah, Badang, Hang Tuah dan banyak lagi. Yang peliknya watak-watak ini juga bernyanyi sambil berbicara sesama mereka.

Dapatkah Ayu selamatkan Malik serta keluar dari 'Magika"?
Apa akan terjadi kepada Badang?
Nenek Kebayan dan watak-watak lain di 'Magika".?
Bagaimana Malik dapat mengatasi dilema tentang kematian ibunya?

Secara keseluruhannya, 'Magika" mempunyai nilai dan mesej tersendiri yang boleh dijadikan sebagai tauladan. Antaranya nilai kekeluargaan dalam menangani masalah. Kepercayaan orang Melayu lama dengan pelbagai pantang larang. Elemen-elemen fantasi dongeng dan pepatah Melayu lama seperti jangan bermain diwaktu senja dan banyak lagi.

Syabas diucapkan kepada KRU dan Edry kerana mampu mengangkat watak-watak terkenal dalam dongeng Melayu ke layar perak kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengalih seketika tumpuan daripada Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty, Spider-Man, Toy Story, Peter Pan dan macam-macam lagi watak rekaan Hollywood.

Filem Magika terbitan KRU Studios akan menemui peminat di pawagam pada 23 September ini. Kunjungilah pawagam berdekatan untuk memartabatkan Filem Malaysia.

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Tuesday, September 21, 2010

esok raya part 1

Assalamualaikum & hyeee...

p/s... cite bersambung

abis jer melakukan tanggungjawab, aku kuar rumah lepak dengan member2... biase la... time nie la nk jumpa member2... maklumla semua merantau dan ade komitmen masing2... tapi x pe la yang penting jumper ko org masa raya dapat ar minta maaf... x gitu geng?

malam tue projek aku n member2 pergi exspo parit raja... almaklum la... 1 batu pahat tahu parit raja tue macam mana lagi2 malam raya... berrgh... pnye la ramai... sampai2 jer cari port parking moto yang selamat supaya kejadian tak diingini berlaku. lagipun beli moto tue sampai kerja membanting tulang (kata makcik aku)... jom fly...

n than kite orang jalan ar dalam ekspo cari butang baju member yang pergi pontian malam tue... dengan bersesak-sesak macam ulat taik. hahhahahah... kalo kapal laut... eh bukan2... kalo kapal terbang jatuh kat situ, comfirm raya esok semua solat jenazah jer... hahahahaa...

sebelum masuk ekspo jer ade la makhluk jual mercun... serve2 gak pas tue jalan... jumpa lg orang jual mercun, serve2 gak pas tue jalan... tue la kerjanya serve jer... 6, 7 tempat la jual mercun n bunga api. berani betul die orang nie... insaf la...

lepas dah penat jalan, ape lagi balik ar... masa balik tue ape lg... merempit ar... nasib x mati, kalo mati esok orang kampung aku makan free ar...
sampai tempat port main mercun plak... orang-orang kubur pun boleh bangun pnye banyak nye letupan... pas tue polis datang plak... nasib dah abis main mercun kalo x, raya kat jail la jadinye... last2 polis tue suh balik kalo x die orang nak ambik URIN... ape lagi balik la kite orang...

p/s: dah abis dah... bye2...

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

esok raya

Assalamualaikum & hyeee...

petang sebelum buka aku dah ready dengan pelita yang nak dibakar sumbunya... macam badak sumbu...
sebab x der kjer... lg pun 99% esok raya... kalo x 99% mybe 98% esok raya... mybe excited sebab malas pose lg kot... hehehe...
padahal malas nak raya sebab rumah lum kemas lg kan...

abis jer buka...
masing-masing... masing-masing tue saper? = family aku sume...

jap... hp bunyi...

ok2... sambung balik...
sume duk depan kaca tv tunggu pengumuman dari pemegang mohor besar raja-raja...

video

dengar jer esok raya... mercun sana sini bunyi walaupun pihak yang bertanggungjawab sudah menjalankan tanggungjawab dengan berhemat dan berdedikasi... TAHNIAH dan SYABAS diucapkan walaupun ade sebahagian bahan letupan yang terlepas dari pengawasan pihak berkuasa...

aku pun turut meletupkan bahan tersebut, tue pun stok tahun lepas sebab ade makhluk2 asing (monyet) belakang umah aku... tapi tahun nie aku letupkan juga bahan letupan tue... sebab monyet dah berhijrah ke zoo negara, zoo johor, zoo sarawak n zoo yang berkaitan dengan makhluk yang bernama monyet... tapikan kalo x de bahan letupan x meriah sebab x de bunyi booom... booom... booom... lagi 1, kalo x de mercun x la dengar kisah budak-budak hingusan putus jari...

WARNING!!! JANGAN BERMAIN MERCUN... AMARAN DARI PIHAK BERKUASA

p/s... cite bersambung... tungggu...

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

sepi




Assalamualaikum & hyeee...

bisiku pada bulan,
kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku,
tanpa dia,
malam menemaniku,
sepi memelukku,

bulan jangan biar siang,
biar alam jadi kelam,
biar ia sepi sepertiku,

aku masih dengar suaranya,
aku sedar,
aku bangun,

kau tersenyum indah,
tertarik jiwaku...

sepi dan pilu bermainku dijiwaku, hilang mu tiada kembali, hanya namamu tersemat dikalbuku, menjadi satu kenangan abadi...



p/s : SUNYI dan SEPI adalah 2 perkara yang berbeza


X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Monday, September 20, 2010

maaf dipinta


Assalamualaikum & hyeee...

puasa dah abis, jadinye berlaku lah peristiwa yang boleh dikatakan menyayat hati kerana tangisan insan-insan yang melakukan kesilapan sama ada besar atau kecil terhadap insan lain... beginilah panorama dan seakan-akan drama yang bukan "dram" yang berlaku di hari raya... selamat hari raya...

ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja

TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantukdi kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi
yang kena mengena

semoga dimaafkan kesilapan itu agar setiap insan dapat mengeratkan tali silaturrahim yang terdapat didalam rahim( bukan nama sebenar )

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Monday, September 6, 2010

malas kuasa 8

Assalamualaikum & hyeee...

[:D] sebelum ape2 berlaku, apa terjadi kite senyum dulu... hahahaha... what happen to me?

malas giler sem nie... nak kata penat praktikum rasenye dah cukup rehat, nak kata x cukup makan, memang bulan ramadhan... pose2...

Hari Raya Aidilfitri dah semakin hampir, sebab apeR?

1. sebab aku dah dgr lagu raya

2. jari budak putus kena mercun.... kesian.... warning!!! jgn men mercun...

3. ekspo jalanan dah ade...

4. tiket bas dah abis...

5. pekerja minta cuti..

6. mak dah wat kuih rayer... ngap2...

7. azhar food suplier dah jem... makhluk yang bernama manusia beli kuih raye...

8. highway dah penuh dengan kenderaan yang laju2...

9. ops sikap dilancarkan.... beghhhh... bnyk roadblock ar....

10. kemalangan semakin meningkat....

11. lembu menitis air mata... kena sembelih...

12. aku dah kena wat ketupat... nasib pandai wat... cara... yg aku ingt... 1st sekali wat bentuk ikan bawal... hahahahaha...:D


cukup la tue

sebab nk raye... kt umah aku x kemas lg, nk jd ape la... luar dalam umah bersepah mcm kapal karam tersadai di pinggir pantai membawa anak kapal yang berjuta2 akibat dilanda ribut, dipukul ombak tsunami... nasib kapal tue kapal titanic.. ade la nama cikit... lg pun comfirm masuk tv3...

kenape la raye eak... kalo nak raye tue tgu ar aku rajin tahap gaban... tgh aku malas la raye dtg... x senonoh betul... ngok ngek tul ar...

selalunye kt umah dah pasang pelita, tp nie x... betul2 malas nie... malas, malas, malas.... dah malas aku nak taip.... hahahahaha...


penggulungan

isu "malas" tidak asing lagi dalam masyarakat kita dewasi kini, pihak media massa sama ada pihak media cetak mahupun media elektronik tidak jemu2 mengetengahkan isu ini sebagai isu utama. dalam masyarakat pula, isu malas ini menjadi buah mulut dah bahan percakapan sensasi.... oleh itu... jauhi sikap malas, hindari sikap malas kerana malas itu tidak memberi kesan kepada seantero dunia malahan terhadap diri sendiri...


AKU BENCI SIKAP MALAS

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

1st time



Assalamualaikum & hyeee...

.__̴ı̴̴̡̡̡ ̡͌l̡̡̡ ̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡̡̡̡.__

Weeeee ٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶ ✿

Welcome to my website...

tp x la power n creative sgt... just biase2 jer... mengisi ms lapang yg memang penuh...hihihi

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^