Saturday, July 28, 2012

Hangat!! Sahur Sahur

Assalamualaikum & hyeeee... ^_^

Apa-apa pun Selamat menyambut bulan Ramadhan ea, biase la kan bulan Ramadhan nie kite kena lakukan rukun Islam yang ke-3, semestinya puasa...


Sebelum bangun sahur aku dengar lagu yang menjerit-jerit SAHUR SAHUR keluar dari phone, tak tau la siapa punye. 1st puasa x der plak, comfirm phone adik aku yang balik kampung nie.

Lagu nie kira alarm la untuk bangun sahur. Lagu nie 1st time aku dengar. x tau la korang dah pernah dengar belum... not bad ar.. pasti terbangun punyer kalo buka volume sampai abis. Korang dgr la sendiri ea dan boleh buat ringtone alarm korang esok. Lagi-lagi yang payah, susah nak bangun sahur.

Aku x sangka yang band nie boleh buat lagu sahur.. Mana ada penyanyi atau band yang buat lagu sahur... Lagu nie simple je... Search kat encik Utube pun band nie ade wat lagu raya...

Puas aku cari video clip nyer tapi x der, korang tgk yang nie jer la ea... Hehehe... kalo rajin searah kat Utube


Klakar pun ade gak kalo korang dgr.. ^_^


p/s : "Lambatkan bersahur dan cepatkan berbuka."



X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Thursday, July 19, 2012

Samsung Galaxy Note VS Samsung Galaxy S III (part 2)

Assalamualaikum & hyeee ^_^


Setelah aku hadapi dilema yang keterlaluan akibat entri yang nie >>>Klik Sini<<<, akhirnya dia aku miliki. Nak tau aper? >>>Klik Sini<<<.


Apa sebab aku pilih Samsung Galaxy Note? Sebab die best.. ^_^ Apa yang korang perlu tahu adalah ciri-ciri dan kelebihan yang ada pada Note ni. Korang tengok saja lah spesifikasi Note ni, memang terbaik la!!

Mungkin tahun ni merupakan tahun kebangkitan jenama Samsung. Dulu memang la hp Samsung tak popular, canggih, dan lembap. Tapi sekarang? berghhh.. dasyat brg2 keluaran mereka. Kini dah berubah dengan adanya telefon pintar ciptaan mereka. Contoh yang korang nampak sekarang ni adalah Samsung Tabs dan Galaxy.

Apa Yang Best Tentang Spesifikasi Samsung Galaxy Note Ni?

Aku jatuh hati pandang pertama dengan Samsung Galaxy Note ini pada skrin dia yang bersaiz 5.3 Inci dan yang paling aku kagum dengan telefon ni adalah cip pemprosesan dia yang besar dengan kelajuan dan kepintaran beroperasi dalam satu masa memiliki sebanyak 1.4 Ghz Dual Core Processor. Tapikan Samsung Galaxy S III lagi laju.

SUPER HD AMOLED SCREEN! Itu lah paling aku suka sebab kepadatan pixelnya yang tinggi dan mampu mengiurkan pandangan bila melihat warnanya di gambar dalam skrin telefon ini. Kamera pada telefon ini pula memiliki sebanyak 8 Megapixel di bahagian belakang. Manakala dibahagian depan pula mempunyai kamera 2 Megapixel.

Saiz skrinnya juga mempunyai resolusi WXGA (1280x800) jauh lebih besar dan tinggi. Bateri pula memiliki sebanyak 2500mAh.

Paling sempoi adalah Pen Stylus yang kini kian dilupakan tapi kini muncul semula! Apa yang penting adalah reaksi Full touch pada telefon ini digabungkan sekali dengan Pen Stylus.


Yang penting Samsung Galaxy Note & S III masing2 ade kelebihan..

Duduk diam2 jangan gaduh2 ea...

12 Jam & 24 Jam

Si Hensem Yg Manis (ihik2)



p/s : dah boleh tido dengan isteri no4 (Samsung Galaxy Note)..




X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Contest: Word Search Puzzle

Assalamualaikum & hyeeee... ^_^

1st time aku join benda alah yang contest2 nie...


klik banner untuk join




X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Monday, July 16, 2012

Penentuan Arah Kiblat 16 Julai 2012

Assalamualaikum & hyeeee... ^_^

Dah lame x tulis entri, kesian blog aku nangis-nangis kerinduan. hahaha.. maafkan aku wahai penunggu blog. Sebenarnya hanya nak berkongsi satu info... nak tahu info tu >>>Klik Sini<<<


Okey ea, untuk pengetahuan korang, petang nie pada pukul 5.28 iaitu Hari Isnin, 16 Julai 2012 bersamaan 26 Syaaban 1433 Hijrah. Korang boleh la lihat kedudukan matahari untuk menentukan arah kiblat dekat rumah korang ea... Ketika ini, matahari betul-betul berada di atas KAABAH.. SubhanaAllah (Maha Suci Allah).


Cara Menentukan Arah Kiblat
1. Pacakkan tiang atau kayu yang lurus di kawasan yang lapang.

2. Lihat jam dengan jam radio atau jam ASTRO kerana ia telah ditetapkan mengikut piawaian SIRIM.

3. Fenomena pada 16 Julai 2012 (hari ni) akan berlaku pada waktu petang, dengan itu bayang matahari akan jatuh di sebelah Timur. Oleh yang demikian, arah kiblat yang tepat akan menghadap arah Barat.





p/s : Info ni aku dapat lepas solat Jumaat baru-baru ni... Apa-apa pun selamat menyambut bulan Ramadhan.kalo korang x sempat pergi link ini Arah Kiblat




X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Friday, July 13, 2012

Samsung Galaxy Note Vs Samsung Galaxy S III

Assalamualaikum & hyeeee... ^_^

Hari nie dari tadi petang sampai ke malam, aku serve barang baik punyer. Nak tahu?
>>>Klik sini<<< Ala, bukan barang ape pun, korang pun selalu guna, comfirm guna la. Straight to the point la ea, serve handphone jer, bukan public phone okey. Tapi, yang aku serve nie handphone keluaran terbaru Samseng, eh... bukan2, Samsung la. Aku serve Samsung Galaxy SIII & Galaxy Note.. berghh... abis rabak harga. Harga S3 2199 & Note 1950.

Samsung Galaxy SIII

Aku pun serve satu Batu Pahat, tapi tak semua kedai la... Last sekali, aku enjut naik BP MALL dengan seorang yang berselipar jamban, dah masuk BP MALL kena kuar balik sebab tukar kasut. Kikikikiki ^_^ .

Sampai satu kedai Samsung tue, berlambak handphone di atas meja, ramai juga masa tue, semua godeh-mengodeh la handphone yang ada. boleh di katakan semua handphone keluaran terbaru Samsung ade. Aku pun tanya seorang amoi (promoter), better S3 or Note. Die kata tengok nk guna untuk apa la? Kalau untuk kerja ker better Note.

Samsung Galaxy Note

Perbezaan antara Note dengan S3. Note ni lebih kepada kerja sebagai contoh word, point, excel, wifi, utube dan lain-lain. Lagi pun skrin die lebih besar...Note ade limited edition. colour pink, cute la... kalau gegurl guna memang cun la. Cantik menarik kebabommm..

Samsung Galaxy Note Limited Edition


Tapi, kalau S3 pulak kelebihan die kepada kecanggihan. Contohnya, Sistem Smart Stay. Dengan fungsi Smart Stay, skrin telefon pintar S3 ini akan kekal dalam keadaan cerah selagi mata korang memandang ke arah skrin secara tepat. Satu ciri yang sangat pintar, seolah-olah S3 ini ‘hidup’ dan ‘berakal’.

Macam air setitis air jatuh kalau sentuh

Lagi 1, tentang Direct Call, pengguna S3 hanya perlu merapatkan telefon ke telinga semasa paparan SMS pengirim dibuka dan ia akan buat panggilan kepada pengirim tersebut secara automatik.

Nak tau tentang S3 lagi, lihat video nie :


Apa-apa pun setelah serve punyer serve aku masih tak tau nak pilih model yang mana. Dalam firasat aku macam nak model yang ini. Nak tau yang mana 1 pilihan hati? >>>Klik Sini<<< Kalau korang ade cadangan ker boleh la share dekat aku dengan comment kat bawah.




p/s : masih dalam dilema... ^_^




X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Thursday, July 12, 2012

Cara Promosikan/Share Iklan SAYS.my

Assalamualaikum & hyeeee... ^_^

ngeng.. ngeng.. ermm... ha korang dah daftar jadi ahli SAYS.my? Jika belum tengok sini >>>KLIK<<< dan daftar. Senang jer tak susah mana pun.

Entri kali ini aku just nak share macam mana promosikan / share iklan SAYS.my okey. tengok sini dulu sebelum daftar >>>KLIK<<<. Iklan ini korang boleh share dekat Facebook, Twitter, Blog (jika ada) ataupun IM atau lain-lain ea.. surat khabar tak boleh. harap maklum.. heee... Terima kasih sebab faham...

Cara-cara nak promosikan / share iklan SAYS.my

1. Daftar masuk, x kisah la lalu facebook atau SAYS.my tue sendiri.



2. Cari perkataan "RECOMENDATION" & klik.



3. Ade beberapa iklan dibawah, jadi tekan 1 yang masih ade masa lagi. Lihat contoh di bawah :



4. Sila scrool ke bawah hingga jumpa Step yang Ke-2



5. Sila lihat kotak yang berwarna biru & klik



6. Apabila keluar url. Sila copy & paste dekat mana2 laman sosial korang. Boleh ke, x boleh?



7. Paste kan dengan ayat-ayat macam usha awek la.. Ayat-ayat korang kn power...





p/s : sekian saja, rugi tak mencuba... nak daftar klik sini.. Jika ada masalah boleh message aku kat Fb, x tau fb aku? pandai2 la cari ea atau pun tinggalkan komen korang dekat sini. thanks.. (",)semoga bermanfaat.




X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Wednesday, July 11, 2012

Amazing SpiderMan - Spiderman Pakai Beg Sekolah?

Assalamualaikum & hyeeee... ^_^

Rasa macam dah lambat nak story Filem Amazing Spiderman. Lagi pun busy sangat sampai semalam baru tengok, tue pun malam. Sebelum pergi tue serve kat internet citer nie ade pkul bape. serve punya serve, pukul 8.15. tapi aku masuk pukul 8.30. Sebab ade orang lambat. kihkihkih... Okey la, aku terus citer cikit walaupun dah lambat...


Filem Amazing Spiderman nie bukan sambungan citer yang lama-lama pun. Tak ada kena mengena langsung pun. Tapi boleh tahan jugak la, selalu kan serius jer, tapi citer yang nie ade lawak ar. Antaranya Spiderman pakai beg sekolah, mmg ketawa la satu MBO tue.

Duduk jer dalam panggung, citer dah separuh aku tak tau opening die macam mana, masa sampai Peter Parker (Andrew Garfield) dah kat dalam bangunan Oscorp Masa dekat citu die berjumpa la Gwen Stacy lakonan Emma Stone (cun giler la die) sampai termimpi malam tadi... Lepas Peter Parker check in cara SPY terjah bilik Dr. Curt Connors, ada la spider jatuh kat badan die tapi tak gigit lagi. Lepas die keluar dari bilik tue baru kena gigit kat belakang leher (dulu di tangan kan?) , terus die dapat kuasa tahap dewa spider tu.

Spiderman kali ni, lebih canggihan teknologinya berbanding sebelum ni sebab die tak ade spider web sendiri keluar dekat tangan. Jadi Peter Parker cipta alat sendiri, untuk letak dekat pergelangan tangan. Nak trace kes jenayah pun dia guna alat pengesan macam antiVirus cari Virus. ^_^


Peter Parker sebenarnya nak cari penjenayah berkaca mata hitam yang dah tembak Uncle Ben dia. [Lupa pula yang Peter Parker tinggal dan dijaga oleh bapa (Ben Parker)& mak (May Parker) saudaranya yer.] Nak balas dendam la.


Gwen bercinta dengan Parker. Parker dtg rumah Gwen tingkat 20 guna tangga kecemasan. (Parker yang cakap la...) Rupa-rupanya Gwen ni anak ketua polis bandar dan bapa Gwen tue tak suka Spiderman.

Lepas kemunculan Cicak Mutan tue, barulah banyak aksi yang best... Cicak Mutan juga datang sekolah lalu lubng tandas.




Bagi aku la, citer The Amazing Spider-Man kali ni :

1. Boleh dikatakan setiap mase ade adegan kelakar..contohnya Parker yang pakai sut spiderman guna beg sekolah, bubble gum girl mana entah pecah masa Parker buat Slam Dunk. <<< betul ker?

2. Tak sesuai utk kanak-kanak sebab Gwen dengan Peter sikit-sikit nak kissing macam ade 3 or 4 part gitu la.(sampai aku kira) hahaha... Standard cerita orang putih, kalau tak kiss tue, x syok la..

3. Ending yang sedih... sbb bapa Gwen iaitu Ketua Polis mati dan Gwen? nak tahu? tengok la sendiri ea.

Banyak jugak lah part yang best. Tak sama dengan spiderman yang lepas. Korang pergi lah ringan-ringan kan tulang tengok sendiri. Tak paksa pun. Kalo tak nak tengok, tunggu la kat tv, (tapi tak la bile kan...?) Kalo aku citer semua x syok la kan.



p/s : Thanks so much yang belanja TUTTI FRUTI lepas Spiderman beraksi.. ^_^




X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Monday, July 9, 2012

Apa Itu SAYS?

Assalamualaikum & hyeee.. ^_^



Mungkin ramai tidak tahu apa itu SAYS.my kan? Bagi aku la, SAYS.my nie salah satu cara kita dapat cash dengan share link di Facebook, Twitter, Blog mahupun IM korang.

Untuk mejadi ahli says, anda tidak perlu untuk mengeluarkan modal. Pendek kata, tidak akan mengalami kerugian walaupun 1 sen.(tau nilai 1 sen?) Benda ni sebenarnya salah satu platform buat duit di internet ni. Tanpa modal ye. Free jer, yang penting ade internet.

Setakat ini aku baru dapat ehem2... Segan la nk cakap.. cikit jer tak macam korang yang beribu-riban. Cari-cari juga, mana tau jumpa di blog atau thread yang bagitahu SAYS,my ini palsu dan tipu, tapi hasilnya mendukacitakan... Means SAYS.my nie betul la.. OKEY...

Says.my ni ialah geng-geng Youthasia tu la. Group pun team dia orang juga. So, ni kiranya satu group of companies la. Dan ini bukan syarikat cikai-cikai cap ayam, sebab pengiklan mereka bukan kedai-kedai runcit, rumah-rumah urut ke.. tapi kebanyakan pengiklan mereka ialah syarikat-syarikat besar. Boleh dikatakan big boy lah. Contohnya, Maybank, Petronas, Harian Metro, Nestle dan banyak lagi. Jadi, BUKAN SCAM ok.

Berminat nak jadi member Says macam aku tak? Ini inviation khas dari aku untuk korang..

Kalau rasa tak tahu macam mana nak daftar Says.my ni, baca post ni.. klik link ni  laju2 ea..



p/s : rugi tak mencuba... nak daftar klik sini.. Jika ada masalah boleh message aku kat Fb, x tau fb aku?pandai2 la cari ea atau pun tinggalkan komen korang dekat sini. thanks.. (",)

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Cara Daftar SAYS.my

Assalamualaikum & hyeeee.. ^_^

wootttt... wotttt.. heee... Korang dah tau kan apa itu SAYS.my? Kalo tak tau lagi baca dekat cnie ea yang hensem2 n cun2... heeee..

Nak bagi tau juga, dengan SAYS.my ni, korang tak boleh jadi jutawan pun. dan bukan mudah duduk diam dengan melayari FACEBOOK dapat duit.

Secara mudahnya ialah, Says.my ini salah satu part time job yang korang boleh buat. Part time job mengiklankan di WALL-WALL Facebook korang atau di Twitter korang. Atau di blog korang. Ini PART TIME JOB okey...


Sambung balik la "cara-cara nak Daftar/Sign up SAYS.my."

1. Masuk link ni ea, rugi baca kalau tak daftar SAYS.my. Nanti keluar macam ni.


2. Isi semua ruang kosong yer... Lepas isi semua, Klik "Create my account" dekat kotak kuning tue.. okey...


3. Dah boleh sign in dah. macam sign in facebook. bukan susah pun kan...


p/s : x rugi daftar... nak daftar klik sini.. Jika ada masalah boleh message aku kat Fb, x tau fb aku?pandai2 la cari ea atau pun tinggalkan komen korang dekat sini. thanks.. (",)





X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Sunday, July 8, 2012

Si Jantung Hati & Cik Taman Negara

Assalamualaikum & hyeeee.. ^_^

wahhhh... tahniah la... nak tau kenapa? relax dulu, sabar-sabar ea. Ala tak lari cerita aku kalo nak baca. heeee.. agak-agak sama tak dengan peribahasa tak lari gunung dikejar... Abaikan jer benda nie.. Aku dah terlebih caffein ni. Betul tak ejaan caffein nie?

Sebenarnya tadi terbaca entry terbaru dari blogger "Si Jantung Hati", ape lagi terkezut n terharu tahap dewa la... heeee.. apepun tahniah la kepada mereka berdua. Semoga bahagia hingga ke Syurga. Betul x Cik Zellawati & Cik Taman Negara?

Kalau X suke bagi tau, nnti aku delete... ^_^


p/s : bile la time aku plak.. hahahaha

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Wednesday, July 4, 2012

MALAM INI MALAM 15 SYAABAN (MALAM PENUTUP BUKU AMALAN)

Assalamualaikum & hyeee... ^_^

Heeee... setelah bayar bil elektrik baru ade elektrik.. baru lah boleh 0n9... heeeee...
xder lah, bergurau jer,,,

Hari nie dah 14 Syaaban 1433H. Masuk jer waktu maghrib maka jadilah malam 15 Syaaban atau pun dipaggil Nisfu Syaaban. Jom hidupkan Nisfu Syaaban.

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin yang 1st, dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Bacaan Yasin yang 2nd, dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, bacaan Yasin yang terakhir dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. Maksud doanya:

Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)

Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir. (La ila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun)

Membaca Al-Quran.

Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu.

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. (Subhanarob biyal a’ala)

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. (Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal ’azim)

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. (Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem)

Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.

Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.





p/s : http://www.facebook.com/noraznira Semoga bermanfaat..

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Monday, July 2, 2012

Sepanyol Juara EURO 2012

Assalamualaikum & hyeeee.. =)

Wooooo... apa-apa pun Tahniah la kepada Pasukan Sepanyol sebab menjuarai EURO 2012 nie.. Kiranya dah 2 kali berturut-turut la... Perlawanan yang seakan-akan begitu mudah untuk anak-anak buah Vicente del Bosque. Menang bukan setakat 1 atau 2, tapi 4 berbalas 0... KESIAN pasukan Itali dapat 0.  Tak payah kesian pun tak per, memang tak minat Itali pun, lagi2 ade super Mario Balotelli. hahahaha...

Pasukan nie kira catat rekod terbaru la sebab tak ade pasukan yang menang secara berturut-turut. Di laman sosial facebook, ramai yang sokong Sepanyol... baguslah, kiranya ade semangat kesukanan la... heeee... =)

Pasukan yang memiliki pemain-pemain yang hebat yang majoritinya dari Kelab Barcelona dan Real Madrid. X caye boleh kira... heeee.. Kalo tak silap 8 dari pemain Barca, 4 dari Real Madrid.


Penjaga Gawang:
Iker Casillas - Real Madrid
Pepe Reina - Liverpool
Victor Valdes - Barcelona

Pertahanan:
Raul Albiol - Real Madrid
Jordi Alba - Valencia
Alvaro Arbeloa - Real Madrid
Sergio Ramos - Real Madrid
Juanfran Torres - Atletico Madrid
Gerard Pique - Barcelona
Javi Martinez - Athletic Bilbao

Tengah:
Sergio Busquets - Barcelona
Xavi - Barcelona
Andres Iniesta - Barcelona
Xabi Alonso - Real Madrid
Santi Cazorla - Malaga
Cesc Fabregas - Barcelona
David Silva - Manchester City
Jesus Navas - Sevilla
Juan Mata - Chelsea

Penyerang:
Pedro - Barcelona
Alvaro Negredo - Sevilla
Fernando Torres - Chelsea
Fernando Llorente - Athletic Bilbao

Pasukan Juara Euro 2012
Keputusan Penuh EURO 2012


Pasukan Sepanyol bermain dengan konsisten dari dalam peringkat kumpulan lagi. Bermain dengan cukup baik dan semangat berpasukan antara tonik untuk mereke muncul juara... Tahniah lagi sekali untuk pasukan SEPANYOL...

Antara pasukan yang malang adalah Netherland, walaupun ramai pemain yang hebat dan berbakat...

p/s : minat iker casillas tapi  TAK minat Sepanyol.. mcm mn tue eak?


X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Final EURO 2012

Assalamualaikum & hyeeee.. =)

heee.. monink ea untuk semua... saje jerk nak update tentang EURO 2012. Maklum la dah final kan. Sepanyol vs Itali. Mana 1 pasukan pilihan anda.. Jom tengok siapa yang menang...


p/s : apa nak buat, Netherland n Jerman dah kalah..

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^