Assalamualaikum & hyeee...
Alhamdulillah, DISEBALIKTABIR kemeriahan EURO 2012 yang semakin mealabuhkn tirai. Sekali lagi kita diberi peluang untuk bertemu bulan Rejab. Peristiwa Isra' Mikraj oleh Nabi Muhammad
SAW yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.
Apabila bercerita tentang Isra' Mikraj ini, secara spontan akan terlintas dibenak fikiran perjalanan Rasulullah SAW bersama Malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada 2.
1. ISRA' iaini perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
2. MIKRAJ ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke sidratul Muntaha di langit yang ketujuh.
Kewafatan isterinya, Siti Khadijah binti Khuwailid r.a dan bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Mutalib r.a. merupakan tahun dukacita bagi Rasulullah SAW. Rasulullah SAW dan anak angkatnya Zaid bin Harisah di usir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.
Allah SWT menganugerahkan peristiwa Isra' Mikraj kepada Rasulullah SAW untuk memujuk kekasih hatinya. Peritiwa Isra' Mikraj ini tercatat dalam Surah al-Isra ayat 1 yang bermaksud :
"Maha suci Tuhan yang telah mengisra'kan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya..."
Alhamdulillah, DISEBALIK

Peristiwa luar biasa ini merupakan sebuah mukjizat dari Allah SWT bagi nabi Muhammad
SAW yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Namun yang paling penting adalah nabi Muhammad
SAW mendapat keringanan ibadah solat fardhu dari 50 waktu sehari semalam kepada 5 waktu sehari semalam, sebuah kewajipan yang perlu ditunaikan umatnya sampai akhir zaman.
Hal ini sekali gus menunjukkan betapa solat ibadah paling penting dan sam sekali tidak patut diabaikan. Malah ia merupakan ibadah yang pertama sekali akan disoalkan di dalam kubur. Keenganan sesetengah masyarakat Islam untuk melaksanakan solat dikhuatiri bakal menyumbang kepada gejala sosial dan moral yang semakin meruncing kerana tiada benteng penampan yang dapat mengawal mereka.
Justeru, kita diseru, mengambil iktibar daripada peristiwa Isra' Mikraj yang disambut setiap tahun bukan hanya dengan menghabiskan cuti berehat bersama keluarga mahupun ke majlis ceramah agama dan pulang begitu sahaja. Ia perlu hayati dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian bagi membentuk ummah yang berkauliti dari sudut akidah, syariah dan akhlak.
Ini kerana peristiwa Isra' Mikraj jelas membuktikan betapa kehebatan dan keagungan Allah SWT sama sekali tidak mampu ditandingi. justeru setiap hamba harus tunduk patuh dan taat mengabdikan diri kepada-Nya. Sedarlah juga juga betapa kehidupan di dunia hanya sementara. Oleh itu usahlah berseronok dan bersuka ria tanpa memikirkan apa yang telah dipersiapkan untuk bertemu hari pembalasan.
Semoga penghayatan kita kepada peristiwa hebat ini, dapat mengharungi liku-liku hidup yang penuh dengan ranjau dengan iman yang teguh. InsyaAllah

p/s : dulu solat 50 kali, sekarang solat 5 kali pun ade yang tak solat.
No comments:
Post a Comment