Thursday, June 28, 2012

Bola Lagi

Assalamualaikum & hyeeee ... ^_^

Sempena Euro 2012 nie, bola tue bola la jugak tapi jangan la terlalu leka dan sampai boleh melakukan perkara-perkara yang buruk seperti JUDI...

Orang kata makna BOLA tue seperti yang berikut :

B.O.L.A>>>

B ~> Buat

O ~> Orang

L ~> Lupa

A ~> ALLAH!

tak betul pun benda nie... jangan terpengaruh yer... kikikiki...

Tapi tak semua la, dalam berjaga malam tue, solat-solat la tahjud, hajat & yang sama waktu dengan nya. Bertambah juga pahala. Jangan sebab seronok tengok bola.. Solat dan suruhan-Nya ditinggalkan!

Nauzubillahi min zalik!






p/s : PERINGATAN untuk diriku juga..

menunggu perlawanan separuh akhir pertama, Portugal vs Sepanyol    =)

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Thursday, June 21, 2012

Hebatnya Malam Jumaat


Assalamualaikum & hyeee...

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"
" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"

" Bang anak? Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat

" SODAQALLAHULAZEEM "



p/s : Tu lah dahsyat nya malam Jumaat...... =)



X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Monday, June 18, 2012

Jangan Tiup Kecuali Tiup Belon

Assalamualaikum & hyeee..

Masa budak-budak dulu, terperasan pulak orang-orang LAMA minum air panas mesti dia orang tuang di piring dulu, dah lama cikit baru die orang minum. Dia orang TAK TIUP PUN. tapi tak semua la. Tak tahu la sekarang ade lagi tak. Aku ingatkan cawan atau gelas tue berat sangat. Rupa-rupanya Dragon ball ade 7 biji selepas aku jadi wartawan tak bertauliah, akhirnya aku memiliki jawapan. Antara jawapan yang keluar dari mulut orang-orang LAMA :

1. Sebab tuang di piring : biar cepat cikit sejuk.
Kalau difikirkan logik akal juga. Tapi tak semua la airnya dituang. Kalau dah sejuk boleh minum cepat dan lepas tue boleh tambah. Hehehehe... Mana tahu air sedap...

2. Sebab minum guna piring : air dah di piring, tak kan nak masukan balik. Terus minum jer la...
Memang betul punkan. Kalau di rumah orang, nanti tan rumah cakap apa. mesti dia pelik jer tengok orang yang datang rumah die. Lagi pun dikhuatiri tumpah. Dah jadi 1 kejer lagi.

3. Sebab minum guna piring : baru ar stylo..
Haaaa... yang ini jawapan aku sendiri. Jangan marah ea...

p/s : no 1 adalah jawapan yang betul!!!

Nak tahu jawapan yang memukau, kenapa dia orang minum guna piring dan tak tiup? Sila baca artikel di bawah ni,


Nabi Muhammad saw melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum. Hendak tahu kenapa Baginda melarang?

Baginda tidak menerangkan kenapa tapi beliau melarang keras hal tersebut, ternyata. Dalam penelitian Sains, air panas (H2O) yang bertemu karbon dioksida (C02) yang dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2.

Maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka akan mengakibatkan penyakit jantung.


p/s : lepas nie tak boleh main tiup2 la...

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Jika Aku Jatuh Tangga / Cinta

Assalamualaikum & hyeeee...

Ermmmm... heeee... cinta? itu lumrah bagi setiap manusia yang mempunyai hati & perasaan. Tapi cinta yang sebenar-benarnya adalah Cinta Kepada Allah swt. Orang ramai kata tau, ajal maut, jodoh pertemuan itu semua urusan Allah. walaupun macam itu, tak semestinya kita nie kena duduk hanya menunggu, macam menunggu duit jatuh dari langit. Sebagai hambaNya kita boleh berdoa, tak kisah la, berdoa dalam bahasa Arab, Melayu, Jawe dan sebagainya...



Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…


Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…


Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…


Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…


Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…


Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…


Amin Ya Rabbal Alamin...

p/s : Allah swt adalah sebaik-baik perancang... =)

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Lajukan Blog Macam F1


Assalamualaikum & hyeee...

Sementara tunggu bola sepak  EURO 2012, jadi aku nak buang masa la dekat blog nie. heeee...

Okey la ea, sesetengah blog kalo bukak memang smpai berjanggut macam kambing nk tnggu kan ?  haish3.. bengang btol.. so, kali neyh ada beberapa cara nk lajukan sket loading blog korang tuh..

so now, kite mulakan cara nk lajukan loading blog korang dengan ungkapan Bismillah... kalo tak buat, tak jadi tau... bergurau...


1. DESIGN > EDIT HTML > TICK EXPAND WIDGET

2. search code:

</head>


3. dah jumpe ? then korang copy & paste code kt bwh neyh n letak kt ATAS code </head> tadi


<script charset='utf-8' src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js' type='text/javascript'/><script src='http://pwam.googlecode.com/files/jquery.lazyload.js' type='text/javascript'/><script charset='utf-8' type='text/javascript'>$(function(){$("img").lazyload({placeholder:"http://pwam.googlecode.com/files/grey.gif",threshold:200});</script>

4. then, save template !



TIPS LAJUKAN LOADING BLOG

***Gunakan HTML colour
Pastikan anda menggunakan HTML colour untuk background blog. Jangan sesekali guna imej photoshop dan sebagainya untuk background blog kerana imej tersebut mengambil masa yang lama untuk loading berbanding HTML colour. 

***Hosting image ke blogspot
Bila anda ingin letak gambar dalam entri, pastikan upload imej tersebut ke blogspot image.Jangan guna imageshack kerana permintaan URL agak perlahan untuk gambar yang dihostkan ke imageshack


***Kedudukan widget javascript
Jika anda ingin letak widget javascript seperti alaxe widget,live feed traffic,shoutout mix dan lain-lain.Pastikan anda meletakkan widget tersebut kat bawah bahagian blog.Ini untuk memudahkan blog anda loading terlebih dahulu sebelum widget tersebut.Korang tahukan yang widget javascript ni lambat loading.


***Halaman utama
Elakkan halaman utama blog anda yang panjang berjela-jela sehingga 10-20 entri pada halaman tersebut.Letak 3-4 entri pada halaman utama dah memadai.


***Auto Play Music (lagu pada blog)
Lagu yang dipasang pada blog akan menyusahkan pengguna yang mempunyai kelajuan internet yang perlahan seperti broadband. Pada kelajuan internet yang slow, lagu tersebut tidak dapat buffer dengan cepat dan menyebabkan lagu tersekat-sekat.


***Elakkan animasi flash pada blog
Jangan gunakan header atau animasi flash pada blog kerana ianya sangat berat.Semua orang inginkan animasi flash pada blog kerana ianya menarik tetapi penggunaan flash agak melembabkan blog.


p/s : tak tau nak tulis aper, nie pun taip dengan pejamkn mata.. hahahaha... =)

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Sunday, June 17, 2012

27 Rejab & Isra' Mikraj

Assalamualaikum & hyeee...

Alhamdulillah, DISEBALIK TABIR kemeriahan EURO 2012 yang semakin mealabuhkn tirai. Sekali lagi kita diberi peluang untuk bertemu bulan Rejab. Peristiwa Isra' Mikraj oleh Nabi Muhammad SAW yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.

Apabila bercerita tentang Isra' Mikraj ini, secara spontan akan terlintas dibenak fikiran perjalanan Rasulullah SAW bersama Malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada 2.

1. ISRA' iaini perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

2. MIKRAJ ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke sidratul Muntaha di langit yang ketujuh.

Kewafatan isterinya, Siti Khadijah binti Khuwailid r.a dan bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Mutalib r.a. merupakan tahun dukacita bagi Rasulullah SAW. Rasulullah SAW dan anak angkatnya Zaid bin Harisah di usir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.

Allah SWT menganugerahkan peristiwa Isra' Mikraj kepada Rasulullah SAW untuk memujuk kekasih hatinya. Peritiwa Isra' Mikraj ini tercatat dalam Surah al-Isra ayat 1 yang bermaksud :
 "Maha suci Tuhan yang telah mengisra'kan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya..."


Peristiwa luar biasa ini merupakan sebuah mukjizat dari Allah SWT  bagi nabi Muhammad SAW yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Namun yang paling penting adalah nabi Muhammad SAW mendapat keringanan ibadah solat fardhu dari 50 waktu sehari semalam kepada 5 waktu sehari semalam, sebuah kewajipan yang perlu ditunaikan umatnya sampai akhir zaman.

Hal ini sekali gus menunjukkan betapa solat ibadah paling penting dan sam sekali tidak patut diabaikan. Malah ia merupakan ibadah yang pertama sekali akan disoalkan di dalam kubur. Keenganan sesetengah masyarakat Islam untuk melaksanakan solat dikhuatiri bakal menyumbang kepada gejala sosial dan moral yang semakin meruncing kerana tiada benteng penampan yang dapat mengawal mereka.

Justeru, kita diseru, mengambil iktibar daripada peristiwa Isra' Mikraj yang disambut setiap tahun bukan hanya dengan menghabiskan cuti berehat bersama keluarga mahupun ke majlis ceramah agama dan pulang begitu sahaja. Ia perlu hayati dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian bagi membentuk ummah yang berkauliti dari sudut akidah, syariah dan akhlak.

Ini kerana peristiwa Isra' Mikraj jelas membuktikan betapa kehebatan dan keagungan Allah SWT sama sekali tidak mampu ditandingi. justeru setiap hamba harus tunduk patuh dan taat mengabdikan diri kepada-Nya. Sedarlah juga juga betapa kehidupan di dunia hanya sementara. Oleh itu usahlah berseronok dan bersuka ria tanpa memikirkan apa yang telah dipersiapkan untuk bertemu hari pembalasan.

Semoga penghayatan kita kepada peristiwa hebat ini, dapat mengharungi liku-liku hidup yang penuh dengan ranjau dengan iman yang teguh. InsyaAllah

p/s : dulu solat 50 kali, sekarang solat 5 kali pun ade yang tak solat.

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Friday, June 15, 2012

Hangat!! Amalkan Minum Air Putih

Assalamualaikum & hyeeee.. ^_^

Dahaganya… Minum banyak air pun tekak masih terasa haus lagi. Tapi air apa yang kita minum? Milo ais? Sirap limau? Teh tarik? Jus buah? Coke?

Mengapa tak nak minum air putih? Apa? Tak best? Tak sedap? Tak ada rasa? Hmm… Begitulah persepsi segelintir masyarakat kita tentang air putih atau dipanggil air kosong, air masak ni. Mungkin ramai yang terlepas pandang kebaikan minum air putih.
Tahukah anda semua air putih mempunyai banyak khasiat dan mampu menyembuh penyakit dengan cara yang mudah dan murah. Minum air putih sebanyak lapan gelas sehari dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.


Berikut lapan sebab yang ingin aku kongsikan kepada korang semua tentang kebaikan minum air putih:

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


p/s : badan nak pakai lama bro...

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Friday, June 8, 2012

EURO 2012

Assalamualaikum & hyeee...

Sekarang nie musim Kejohanan Bola Sepak Eropah 2012 (Euro 2012). Tahun nie Poland  & Ukraine jadi tuan rumah kejohanan Euro 2012. 



4 tahun lepas Sepanyol juara. Tahun nie tak tahu la saper juara... Agak-agak engkau orang sume? Jawab jer dlm hati ea... heeeee... Bawah nie ade jadual perlawanan pasukan-pasukan yang merebut Juara Euro 2012.


GROUP A




GROUP B




GROUP C




GROUP D



Nie baru perlawanan dalam kumpulan. Belum abis lagi perlawanannya. Juara & naib juara kumpulan akan berlawan lagi... tunggu ea... nanti aku update lagi..

Walau apa pun berlaku, kalah atau menang, aku nak ucapkan tahniah la. sebab die orang semua boleh berkerja dalam 1 kumpulan untuk menang... mana ade pasukan yang pemainnya bergerak seorang, tanpa menghiraukan pemain lain. Kalau ada pun, itu tentu nya berbakat seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi tak main kat Euro ea... Semestinya akan keletihan bawa bola berendirian selama lebih 90 Minit...


p/s : aku sokong JERman okey... =)

akan bersambung macam cerita naruto...

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^