Assalamualaikum & Hyeee..
WAH.... kecoh bebeno pasal no plat WWW 1 milik Sultan Johor, Tuanku Sultan Ibrahim... Tak kira la dekat laman sosial (FB, twitter & lain-lain). Ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor beli guna duit rakyat.
Aku cuma nak kata sikit saja, "Kalau orang biasa veli no plat mahal dikatakan orang itu kerja keras, Kalau pemerintah beli no plat mahal dikatakan pemerintah itu makan duit rakyat?" . Macam tu pula eah..
Sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari duulu lagi ada bisnes sendiri. semenjak Zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah di sajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Di Pertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM 3.8million sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja yang Tak Bergaji".
Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurniakan 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika fikirkan logik, mengapa nak beli kereta atau no plat guna duit rakyat lagi?
Dan bila anda baca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan " Senarai Permohonan Tender yang Berjaya" anda dapat lihat di atas sekali tertulis " D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". Aku fikir, Johorean tak terperanjat pun. sebab memang percaya Tuanku mampu. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.
ini jawapan dari Tengku Mahkota Johor menerusi laman Twitter
klik link ini untuk melihat senarai yang berjaya memiliki no plat WWW 1 hingga WWW 9999. http://www.ohtidak.com/oh-senarai-pemenang-tender-nombor-pendataran-www/
p/s : dulu berniat gak nak cari no plat WWW tapi x kesampaian... heeeee
No comments:
Post a Comment