Saturday, August 27, 2011

‎~✿ ♥ >> RiNDu << ♥ ✿~

Assalamualaikum & hyeeee... =)

Rindu adalah tali yang tak pernah putus
Merentang di tiang hati, di tiang mimpi
Kadangkala disinggahi burung yang mengelakkan kabus
Pada pagi dingin yang mengaburkan sinar matahari
Rindu adalah tiang yang tak pernah tumbang
Tegak di lorong kehidupan, di sepanjang lebuh usia
Di situ tergantung lampu kenangan dan ingatan
Biarpun hari semakin tua dan kelam sudah bermula

Rindu adalah lorong yang tak pernah tertutup
Dari musim ke musim ia menjadi laluan
Pengembara yang mencari cintanya yang hilang
Di situ rumput telah lama bertukar warna
Bunga dan daun silih berganti segar dan kuncup

Rindu adalah musim yang tak pernah tenteram
Resah datang gelisah berulang mengusik nasib
Hanya zikir dan doa menjadi penawar mereda pedih dan sakit
Dan sesekali puisi menjadi nyanyian yang mengharukan
Dalam senyap air mata perlahan-lahan menitik...

Akhirnya Rindu Itu Hilang
Tatkala Pagi Hari..
Sedangkan Hakikat Rindu
Tetap Bernama Rindu...



p/s : Rindu itu ialah cinta yang berlebihan. Ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kehinaan. Maka rindu tersebut bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Boleh jadi, orang yang rindu itu, rindunya disertai dengan menjaga diri dan kesucian, dan kadang-kadang ada rindu yang disertai kerendahan dan kehinaan. RINDUNYA :) ♥ ♥

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Sunday, August 7, 2011

Cinta

Assalamualaikum & hyeeee... (",)))))))

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih dan sedih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.


Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi selitkan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.


Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.


Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…


p/s : "Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat" ( HAMKA )

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Tuesday, August 2, 2011

Van Hijau (MILO)

Assalamualaikum & hyeee...

Tak tahu nak story ape...  Tapi aku nk update blog aku nie... mungkin sebab dah lama sangat x update... teringat plak masa zaman sekolah rendah.. Maklum la, kenangan- kenangan masa sekolah memang ala-ala sweeet... hahahaha...

Masa sekolah rendah engkau orang ade tak LORI WARNA HIJAU datang? Kalau x ade, aku nak berempati la dekat engkau orang... LORI WARNA HIJAU TUE = LORI MILO LA... TAU?

nie la vannya...

Mesti ramai yang rindu serindu-rindunya nak minum air Milo dari van nie... Tapikan, rasa tak puas hati tue memang ade la, abis tue kite orang dapat segelas jer... mn cukup... Amboi... cikgu-cikgu berjag-jag, berbotol-botol. kalau botol kecil tak pe.. nie, NAAHHH, botol saiz gajah... hahahaha... Tak ACI sungguh...
Jangan marah yer cikgu-cikgu...

Hurmmmm... rasenyakan memang susah tahap dewa-dewa nak buat air Milo tu sm mcm dari van tue... Memang KAW-KAW la... tapi tak tahu la engkau orang... Mana la tau  tak ade deria rasa... hahaha... =)


p/s : ade tak yang tahu caranya...?

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^