Friday, June 24, 2011

Rahsia Melalui Tulisan

Assalamualaikum & hyeee =)

Setiap orang ade tulisan masing-masingkan. Kalau ada yang sama pun mesti ckit jer... Cube terjemahkan tulisan engkau orang macam mana...

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana






p/s : Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…







X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Thursday, June 23, 2011

Bila Hadirnya Cinta

Assalamualaikum & hyeeee.... =)

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.


p/s : lumrah dunia

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Thursday, June 2, 2011

Bunyi Denyutan Jantung

Assalamualaikum & hyeeee... =)


Para saintis telah membuktikan bahawa suara yang datang daripada denyutan jantung adalah "Lub Dub". Tetapi kini mereka menilai semula kajian mereka bahawa bunyi tersebut adalah 'Rub Dub Dub'.

'Rub Dub Dub' adalah perkataan Bahasa Arab yang bermaksud perkara yang berkaitan dengan alam semesta iaitu memerintah segala-Nya iaitu "Allah"

Masya Allah, Jadi ia bermakna tiap-tiap degupan jantung kita ia menyebut "Allah "

Insya Allah, semoga kita sentiasa ingat kepada ALLAH & mendengar jantung menyebut "ALLAH ".


p/s : i love ALLAH, i love ISLAM

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^