Friday, January 21, 2011

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

Assalamualaikum & hyeeee.. =)


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

p/s : boleh plak aku letak gambar macam tue... heeee

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Thursday, January 6, 2011

10 Ciri-Ciri Anak Yang Soleh / Solehah

Assalamualaikum & hyeee... =)





Tanpa Ibu & Bapa semestinya kita tiada di bunia ini. Setiap anak  adalah anugerah dan rezeki daripda Allah SWT setelah menjadi suami isteri.

Sebagai seorang anak kita mestilah taat kepada kedua ibu & bapa selagi tidak menyalahi syariat Islam. Semetinya perkara yang ingi di lakukan mestilah diredhai oleh ibubapa. Ini kerana, reha Allah SWT adalah bergantung kepada redha kedua orang tuanya.

Antara ciri-ciri anak yang soleh / solehah :

1. Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna.

2. Beramal soleh ( mengamalkan perintah Allah SWT)

3. Menghormati ibubapa, guru, orang tua, jiran & kawan.

4. Rajin beribadat kepaada Allah SWT dan berdoa kepada-Nya.

5. Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab beragama.

6. Sentiasa berdoa kepada ibubapa sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia.

7. Memiliki akhlak  dan moral yang baik.

8. Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan dan pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.

9. Berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT.

10. Ikhlas, yakni melatih diri melakukan tugas dengan ikhlas kerana Allah SWT.

p/s : apabila seorang meninggal dunia terputus segalanya kecuali 3 perkara. Iaitu, 
#ilmu yang bermanfaat, 
#sedekah jariah
#anak yang soleh & solehah.


X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^