Saturday, December 31, 2011

Doa dan Cara Mengembalikan Barang Yang Hilang

Assalamualaikum & hyeee... ^_^

okey la ea, aku tulis benda nie sbb ade kawan aku yang sejak 2 menjak nie kehilangan barang. Barang ape tue ader la, yang semestinya barang nie pastinya berharga.. Sebenarnya banyak cara, tak kisah la cara yang mana pun yang nak guna, yang penting hajatnya tetap sama. Betul kan?

Antara cara-caranya ialah seperti berikut :

Cara 1

1. Baca dan amalkan. 



Cara 2

1. Baca surah al- hasyr mula ayat 18 sampai habis. niatkan nak jumpa barang balik.kalau Allah izinkan dan memang rezeki kita, pencuri akan rasa panas punggung, menggelisah dan rasa bersalah.

2. selawat tafrijiyyah baca 4 kali/ 44 kali/ 100 kali.



Cara 3

1. Mula2 solat hajat, selepas salam baca dengan yakin: YAA ALLAHU YAA SHAAHID
( Ya Allah Yang Maha Melihat) sebanyak 100kali.

Kemudian baca doa ini :
'' Ya Jaamia'an Naasi Li Yaumil Laa Raiba Fiih, Ijma' 'Alayya Dhoollatii (Ya ALLAH,Yang Mengumpulkan Manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya,kumpulkanlah apa2 yang hilang kepadaku semula''


Cara 4

1. Baca surah adh-Dhuha di empat penjuru pada tempat barang tersebut hilang, setiap penjuru baca 1x, setelah itu bacakan doa di atas. InsyaAllah, barang yang hilang akan ditemui kembali.



p/s : Yakin pada Allah S.W.T

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Thursday, December 29, 2011

Hujan

Assalamualaikum & hyeee...

"hujan-hujan abis motor aku kotor balik.... hurmmmmm..." selalu kita dengar... untuk cite yang lebih lanjut, sila teruskan pembacaan anda... heeee

Hujan yang turun bagaikan mutiara melimpah ke alam maya ini. Betapa nikmat & rahmat Allah ini tidak dapat diduga. Allah jua lah yang Maha Mengetahui dan Maha Pemurah.

Tetapi kita...
bila jer langit mendung, kekadang terdengar
bebelan & keluhan orang sekeliling. "Cuaca buruk jer akhir-akhir ini yer..."
Soalannya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hati hujan?
-Iskkk, tak kering la baju kalau asyik hujan jer.
-Alahai, hujan lagi!!!
-Tiap-tiap hari hujan.. susah la macam nie.
-Susah nak buat apa-apa kalau hujan.
-Tak boleh balik lagi , hujan...
-Habis banjir kilat lepas nie.

Bukankah bebelan & keluhan itu lebih baik digantikan dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami.)

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu ujan, hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat 9mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. membersihkan udara
2. menyubur tanaman
3. membekal air ke empangan

Sedarkah kita? bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. sebab itu, Nabi pun pernh berpesan, bila hujan turun, doa mustajab.

Maka, BerDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yang bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 1)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan tersimpan di bumi. Selama mana? Itu semua RAHSIA ALLAH.

p/s :  dengar lagu http://www.youtube.com/watch?v=88m0A3AIszo&feature=relmfu by Sudirman =)


X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Thursday, December 15, 2011

♥ Madah Bicara Tentang Jodoh

Assalamualaikum & hyeeee.. =)

Apa yang aku ada,
Untuk dianugerahkan kepada kamu?

Apakah iman yang rapuh.
Atau hati yang hancur.
Dan cinta yang hilang.

Namun kau berkata,

Tidak mengapa.
Aku datang atas janji kita dengan Tuhan waktu kecil dulu.
Izinkan aku menjadi imam dalam setiap sujudmu,
Biar aku rawat hatimu dengan zikirullah yang menyembuhkan.
Dan biar aku taburkan rasa cinta agung demi Dia.

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang, atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali." (Jodoh Itu Milik Kita)



p/s : (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(Surah An-Nur ayat 26)

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Wednesday, November 23, 2011

Kepok & Nisan

Assalamualaikum & hyeee...

Aku nk citer tp aku rasa nk gelak dulu pulak... HAHAHAHAHA...

Biase la eak... (AKU ORG JOHOR EA). Belia2 sekarang mmg suke lepak. x kira la lepak kt mn, cYBER cAFE (cc), bengkel motor, pusat sukan bowling, kompleks membeli tERBELAH, pusat mENYALAK (karaoke), kedai mamak 1440 minit(24 jam), dataran bandar, sNOOKER, kedai minum yang ade skrin besar (lg2 time Malaysia layak g final nie disamping EPL) yang lain ko org sambung sendiri la eak...

Tapikan belia2 tempat aku lebih kepada lepak di Tanah Perkuburan. Maklum la, KG PANGLIMA... hahahahahaa... semenjak dibesarkn kite org mmg ahli2 lepak di tanah perkuburan... siap ade masa punch card la... kira ade gaji la.... gaji ler pulak...

1 malam tue kite org lepak mcm biase ar... mlm minggu mybe dlm kul 3 pagi... tibe2.. wujud satu....satu aper? jap ea.... satu cite daripada mat rempit yang berlumba. die orang suh bayangkan kalo la hantu2 kubur tue berlumba nek moto dengan FLY... dgn motonyer kepok kubur dan handlenyer nisan... bukan nissan skyline eak... tp x tau la, tayar nyer guna aper... terapung2 la kot..

Giler... ade jer yang menyambung...

HAHAHAHAHA.. ape lagi ketawa la kite org... mula2 seram gak... yer ar... mn tau ms blik ade yg tumpang ker... HAHAHAHA... X boleh bla...

Kalo hantu tue tumpang pun x kisah la, tolong menolong lg pun... (TOLONG LA SANGAT)...

p/s : bersambung ( mcm cite naruto )



X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Thursday, October 27, 2011

Hikmah Diam

Assalamualaikum & hyeee...

1. sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. perhiasan tanpa berhias
3. kehebatan tanpa kerajaan.
4. benteng tanpa pagar.
5. kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. istirehat tanpa kedua malaikat pencatat amal.
7. menutupi segala aib.

banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran. orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyk bercakap.

bukan lagu nie ea...


p/s : manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. jalan terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik.

bukan 

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Thursday, October 6, 2011

Hangat!!! Tips Hadapi Exam

Assalamualaikum & hyeeee ^_^

1.Jangan panik

Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.


2.Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
 
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.


3.Semak soalan tahun lalu (setiap subjek) 

Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.


4.Banyakkan pembelajaran secara output learning 

Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.


5.Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi 

Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.


6.Nota ringkas 

Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.


7.Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
 
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.


8.Pemakanan berkhasiat dan seimbang 

Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.


9.Kawal emosi 

Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.


10.Banyakkan berdoa dan bersolat 

Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

p/s : SPM jer penting.. =) semua exam penting la..




X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Wednesday, October 5, 2011

Perkara Romantik Ketika Bercinta

Assalamualaikum & hyeeeee... ^_^


Di alam percintaan, kalau boleh semua perkara mahu dilakukan bersama-sama. Jika diberi peluang, sesaat pun anda tidak mahu berenggang dengan pasangan anda. Apatah lagi jika anda masih di awal percintaan.

Namun harus diingat, bukan semua pasangan dapat meluangkan masa yang banyak bersama. Jadi, apa kata anda cuba beberapa aktiviti yang disenaraikan di bawah yang dikatakan mampu memberikan sensasi berbeza kepada jalinan cinta yang terbina.

1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.

2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu membahagiakan serta meredakan tekanan.

3. Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.

4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.

5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.

6. Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.

7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.

8. Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.

9. Jangan sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.



p/s : aku romantik x? (sambil menggaru kepala)














X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Friday, September 30, 2011

Cuti

Haikal mendapat kerja di sebuah Bank sebagai pengawal keselamatan. Suatu hari Haikal berjumpa dengan pengurus Sumber Manusia hendak meminta cuti.

Haikal : "Tuan, saya nak minta cuti seminggu aja, nak balik kampung. Bolehlah tuan!

Pengurus : "Hmmm! Haikal minta cuti seminggu je? Okeylah, saya bagi awak cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Haikal balik bertugas. Pengurus Sunber Manusia mula naik bengang dengan Haikal.

Pengurus : "Kenapa cuti 2 minggu?"

Haikal : "Ehhh, kan tuan bagi cuti 2 minggu! Saya minta seminggu cuti. Tuan tambah lagi seminggu. Jadilah 2 minggu...

p/s : adoyai...

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Thursday, September 15, 2011

SAH!!! OTAK AKU HEBAT

Assalamualaikum & hyeee...

emmm... tak tau nak buat ape, jd mengupdate blog la jadi nye... heeee... =)








PESANAN INI UNTUK MEMBUKTIKAN BAGAIMANA OTAK KITA BOLEH MELAKUKAN PERKARA HEBAT. PERKARA MENAKJUBKAN. PADA AWALNYA AGAK SUKAR, TAPI KINI OTAK ANDA SUDAH BOLEH MEMBACANYA SECARA AUTOMATIK. TAHNIAH! HANYA ORANG TERTENTU SAHAJA YANG BOLEH MEMBACA TEKS INI. TOLONG FORWARD JIKA ANDA BOLEH MEMBACA TEKS INI.

p/s : ini semua kehebatan Allah sebagai pencipta

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Thursday, September 8, 2011

Hati Yang Terguris Sukar Diubati

Assalamualaikum & hyeee...

Aku terbaca cite nie dekat mana entah, aku pun lupa... panjang cite nie tapi... tapi ape? tue la, entah la... kalau nak baca yer baca, x nak lagi bagus... hahaha...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah meghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. " Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu dihadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 38 batang paku pada tembok batu tersebut. selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemaeahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia memberitahu bapanya mengenai perkara tersebut dengan gembira. bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut  dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,  tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. 

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu kearaah kejaayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. 

Agak-agak kalau ade perasaan nak marah tue boleh la pergi http://www.ciktom.com/tips-mengatasi-perasaan-marah/ ini... heeeee... =)

p/s : Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda. Dari engkau marah baik pergi main Angry Bird.

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Saturday, August 27, 2011

‎~✿ ♥ >> RiNDu << ♥ ✿~

Assalamualaikum & hyeeee... =)

Rindu adalah tali yang tak pernah putus
Merentang di tiang hati, di tiang mimpi
Kadangkala disinggahi burung yang mengelakkan kabus
Pada pagi dingin yang mengaburkan sinar matahari
Rindu adalah tiang yang tak pernah tumbang
Tegak di lorong kehidupan, di sepanjang lebuh usia
Di situ tergantung lampu kenangan dan ingatan
Biarpun hari semakin tua dan kelam sudah bermula

Rindu adalah lorong yang tak pernah tertutup
Dari musim ke musim ia menjadi laluan
Pengembara yang mencari cintanya yang hilang
Di situ rumput telah lama bertukar warna
Bunga dan daun silih berganti segar dan kuncup

Rindu adalah musim yang tak pernah tenteram
Resah datang gelisah berulang mengusik nasib
Hanya zikir dan doa menjadi penawar mereda pedih dan sakit
Dan sesekali puisi menjadi nyanyian yang mengharukan
Dalam senyap air mata perlahan-lahan menitik...

Akhirnya Rindu Itu Hilang
Tatkala Pagi Hari..
Sedangkan Hakikat Rindu
Tetap Bernama Rindu...



p/s : Rindu itu ialah cinta yang berlebihan. Ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kehinaan. Maka rindu tersebut bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Boleh jadi, orang yang rindu itu, rindunya disertai dengan menjaga diri dan kesucian, dan kadang-kadang ada rindu yang disertai kerendahan dan kehinaan. RINDUNYA :) ♥ ♥

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Sunday, August 7, 2011

Cinta

Assalamualaikum & hyeeee... (",)))))))

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih dan sedih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.


Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi selitkan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.


Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.


Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…


p/s : "Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat" ( HAMKA )

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Tuesday, August 2, 2011

Van Hijau (MILO)

Assalamualaikum & hyeee...

Tak tahu nak story ape...  Tapi aku nk update blog aku nie... mungkin sebab dah lama sangat x update... teringat plak masa zaman sekolah rendah.. Maklum la, kenangan- kenangan masa sekolah memang ala-ala sweeet... hahahaha...

Masa sekolah rendah engkau orang ade tak LORI WARNA HIJAU datang? Kalau x ade, aku nak berempati la dekat engkau orang... LORI WARNA HIJAU TUE = LORI MILO LA... TAU?

nie la vannya...

Mesti ramai yang rindu serindu-rindunya nak minum air Milo dari van nie... Tapikan, rasa tak puas hati tue memang ade la, abis tue kite orang dapat segelas jer... mn cukup... Amboi... cikgu-cikgu berjag-jag, berbotol-botol. kalau botol kecil tak pe.. nie, NAAHHH, botol saiz gajah... hahahaha... Tak ACI sungguh...
Jangan marah yer cikgu-cikgu...

Hurmmmm... rasenyakan memang susah tahap dewa-dewa nak buat air Milo tu sm mcm dari van tue... Memang KAW-KAW la... tapi tak tahu la engkau orang... Mana la tau  tak ade deria rasa... hahaha... =)


p/s : ade tak yang tahu caranya...?

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Tuesday, July 12, 2011

No Body Perfect

Assalamualaikum & hyeeeee....   =)

✿~ Jangan mencari jika HILANGNYA aku..

✿~ Jangan bersedih dengan KETIADAAN aku..

✿~ Jangan berduka kerana PERGINYA aku..

✿~ Jangan mengharap dengan BANTUAN aku untuk menggembirakanmu..

Kerana sesungguhnya aku insan yang TIDAK PUNYA KUASA..banyak KHILAF dan DOSA..



p/s : Jika kamu menganggapku SEMPURNA, pasti kamu akan MENYESAL satu hari bila kamu lihat keburukanku.

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Friday, June 24, 2011

Rahsia Melalui Tulisan

Assalamualaikum & hyeee =)

Setiap orang ade tulisan masing-masingkan. Kalau ada yang sama pun mesti ckit jer... Cube terjemahkan tulisan engkau orang macam mana...

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana






p/s : Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…







X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Thursday, June 23, 2011

Bila Hadirnya Cinta

Assalamualaikum & hyeeee.... =)

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.


p/s : lumrah dunia

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Thursday, June 2, 2011

Bunyi Denyutan Jantung

Assalamualaikum & hyeeee... =)


Para saintis telah membuktikan bahawa suara yang datang daripada denyutan jantung adalah "Lub Dub". Tetapi kini mereka menilai semula kajian mereka bahawa bunyi tersebut adalah 'Rub Dub Dub'.

'Rub Dub Dub' adalah perkataan Bahasa Arab yang bermaksud perkara yang berkaitan dengan alam semesta iaitu memerintah segala-Nya iaitu "Allah"

Masya Allah, Jadi ia bermakna tiap-tiap degupan jantung kita ia menyebut "Allah "

Insya Allah, semoga kita sentiasa ingat kepada ALLAH & mendengar jantung menyebut "ALLAH ".


p/s : i love ALLAH, i love ISLAM

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Monday, May 30, 2011

Versus

Assalamualaikum & hyeee...

Elakkan pertengkaran kerana ianya hanya mengundang DOSA dan MUDARAT.
yang MENANG akan merasa hebat
yang KALAH akan berdendam...


p/s : jangan putuskan silaturrahim...

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Thursday, May 5, 2011

Hebat

Assalamualaikum & hyeee...

Ketika kamu merasa dirimu merupakan manusia yang paling hebat, di situlah ada orang yang tidak menyukai dirimu, jadi tidak usahlah merasa hebat. hebat pada pandangan manusia, belum tentu lagi hebat pada pandangan Allah.


p/s : renung-renungkan & muhasabah diri  =)

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Friday, April 29, 2011

La tahzan

Assalamualaikum & hyeee...

Orang kata la, bukan aku kata... heeeee... =) 
Bila putus cinta, jangan sedih, petik jari 10 datang. Kalau tak 10, mungkin 20,30 & seterusnya... 
Tapi yang sepuluh tue belum tentu sama dengan insan yang pernah hilang. (aaa... yang ini aku kata). Kemungkinan juga insan yang datang itu lebih baik daripada dia yang telah hilang... 



p/s : renung-renungkan lah & selamat berkhayal...

X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^

Friday, April 1, 2011

tRIP tO tIOMAN pART 2

 Assalamualaikum & Hyeeee...

Talaaaaaaa.... opsss... tala ker tara eak? lantak ko la. Ehem2... nk bg tau nie... aku n the geng dah blik dr Pulau Tioman...

Naik lalu Mersing
Bawa jer kucing tue sekali
Member aku
Pemain bola sepak Malaysia pergi berbulan madu... heee
Cuba cari ikan lumba-lumba... sape jumpa mmg hebat...
Bertafakur... heee
Sampai dah!!!
Kg. Genting Highland.
Cuti-Cuti Malaysia.
X sabar dah nie
Meow2 pun sibuk nak pergi snoorkeling..
Nie bangunan Berjaya...
Dalam bot
Freeettttt!!!
Banglo Pulau Tioman
Di kawasan pesisiran pantai
Kelihatan pelabuhan Kg. Cicak Tekek
Kolam memancing... Hahaha...
@#%$##^%^*
Meeting dulu sebelum terjun
Wachaaaaa!!!
Penghuni dasar...
Pulau terumbu karang
SubhanaAllah....
Aksi bunuh diri untuk selamatkan orang...

Tolong-tolong!!!
Mabuk
Pengsan teruk...
Ombak menghempas pantai
Wootttt..... wootttt...
Kenangan Kami

p/s : nak pergi lagi la... heeee =)




X Tau NaK tuLiS aPe, Nie pUn mAIn TekaN2... SukE? LiKe JeR ^_^